Monday, 30 April 2012

Untuk usahawan-usahawan IKS



1.     Bagi anda   yang menyediakan  lapuran kewangan menggunakan buku ataupun spreadsheet sahaja, kami mencadangkan anda menggunakan sistem perisian IT kami jenama Sage-ubs  agar lapuran kewangan syarikat dapat disediakan dengan lebih cepat dan tepat.
Buku Akaun
                                                                

Sage-UBS


Lapuran Kewangan




2.     Bagi anda yang tidak menyediakan lapuran kewangan dan tidak bersedia menggunakan sistem, kami mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan simpankira kami.


                                                                                 




Perkhidmatan Simpankira
Lapuran Kewangan

3.     Bagi anda yang tidak menyimpan rekod-rekod syarikat secara teratur, kami mencadangkan anda menggunakan kotak-kotak syarikat kami  agar rekod-rekod syarikat dapat disimpan dengan baik dan selamat.
Description: http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSlFnTgw_MBepI0Ql3JtMoDVJizCCdyX1o9eM8h5KJmsrvzYS7A
                                                                            
Dokumen tidak tersusun
Kotak-kotak untuk dokumen
Dokumen disimpan tersusun

Thursday, 9 February 2012

Pengurusan Maklumat dan Rekod untuk IKS

Kami menyediakan produk dan perkhidmatan  untuk IKS sepertimana  berikut:
  • Pembelian perisian IT perniagaan
                  -Perisian Akaun;Stok;Gaji (Sage-Ubs)
  • Perkhidmatan simpankira
                  -Penyediaan akaun bulanan dan tahunan
  • Pengurusan dokumen
                  -Kotak,kertas dan lain-lain.

Hubungi:
Tel : 03-41074853

Tuesday, 18 October 2011

Menyimpan Kira-kira (Petikan dari buku Panduan Peniaga Kecil oleh Tun. Dr. Mahathir Mohamad)

Salah satu perkara yang tidak boleh diharapkan sama sekali ialah ingatan manusia. Sebab, manusia biasanya sering lupa. dan diantara perkara yang mudah lupa ialah angka-angka dan kira-kira. Sedangkan dalam perniagaan, kira-kira amatlah penting. Perniagaan yang tidak ada kira-kira bukanlah perniagaan. Walaubagaimana kecil pun perniagaan, kira-kira wang mestilah dibuat. Peniaga-peniaga kecil selalu memikirkan oleh kerana perniagaannya kecil dan kira-kira wang yang terlibat amat sedikit, maka kira-kira perniagaannya tidaklah perlu ditulis.

Anggapan bahawa peniaga kecil tidak perlu menyimpan kira-kira adalah tidak betul. Keuntungan dan kerugian tidak dapat ditentukan melainkan ada kira-kira yang bertulis. Kadang-kadang ada perniagaan yang nampaknya untung, tetapi peniaganya selalu tidak ada wang. Sekiranya ada dicatatkan kira-kira, maka ia akan tahu kemana perginya wang itu. Boleh jadi wang diambil untuk perbelanjaan sendiri terlebih sedikit, oleh kerana ia percaya perniagaanya maju.Boleh jadi ada beberapa perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaannya yang ianya telah terlupa. Boleh jadi ada pelanggan yang berhutang dan ianya terlupa. Oleh kerana kira-kira yang terang tidak ada, maka peniaga akan khayal dalam kepercayaan bahawa ianya mempunyai cukup wang kerana jualannya maju.

Kalau ada kira-kira maka keadaan sebenarnya boleh diketahui oleh si peniaga pada setiap masa. Ia tidak akan khayal. Ia dapat mengurangkan perbelanjaannya jika mustahak.Ia dapat menambah perniagaannya jika kewangan mengizinkan. Ia juga boleh mengetahui bilakah masanya, dan dimanakah tempatnya(jika ia penjaja) yang perniagaannya maju; bila dan dimana pula perniagaanya tidak maju. Dengan menyimpan kira-kira, ia dapat merancang perniagaannya untuk masa depan. Dan apabila perniagaannya sudah membesar, tabiat menyimpan kira-kira ini sudah pun ada dan soal memulakan satu tabiat yang baru tidak akan timbul

Friday, 5 August 2011

Tentang Kami

  • Pradata Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat berstatus bumiputera dan  telah beroperasi semenjak tahun 2006 .
  • Kami adalah sebuah syarikat pengurusan maklumat dan rekod untuk IKS.Pradata Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi menjadi pusat setempat bagi para usahawan dalam menguruskan maklumat syarikat mereka.
  • Kami menyedari bahawa setiap usahawan mengetahui akan kepentingan pengurusan maklumat syarikat seperti simpankira akaun dan maklumat-maklumat perniagaan yang lain. Namun syarikat IKS mempunyai   kekangan-kekangan seperti bajet, tiada kakitangan yang cekap dan berbagai lagi.Kami memahami  akan kekangan yang dihadapi oleh usahawan kerana kami juga adalah IKS dan kami juga telah mempunyai pengalaman bersama pelanggan-pelanggan kami.
Aktiviti perniagaaan
  • Kami menjual perisian IT perniagaan jenama Sage Ubs, memberi perkhidmatan simpankira akaun dan menjual fail dan kotak arkib bagi pengurusan dokumen syarikat.
  • Sekiranya usahawan ingin menggunakan IT dalam operasi maka kami akan menjual, melatih dan memberi khidmat nasihat tentang perisian IT yang sesuai mengikut keperluan dan bajet usahawan
  • Sekiranya usahawan belum bersedia menggunakan IT namun memerlukan penyediaan lapuran akaun dalam mengurus syarikat seperti senarai penghutang,penyata siberhutang dan sipiutang maka kami mencadangkan usahawan menggunakan perkhidmatan simpankira kami
  • Sekiranya segalanya telah teratur kami akan mencadangkan kepada usahawan  untuk menyimpan dokumen-dokumen syarikat  menggunakan kotak arkib kami agar dokumen dapat disimpan dengan kemas dan teratur.

Thursday, 4 August 2011

Sage UBS Inventory and Billing




















Price:Single user

1. Software    -RM1,488.00
2. Training     -RM   450.00
3. Support      -RM   499.00
4. Installation -RM   150.00

Business Process

1. Prepare Quotation                         
2. Prepare Delivery order
3. Prepare Invoice                              
4. Database for customer
5. Database for supplier
6. Database for stock in & out