Tentang Kami
- Pradata Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat berstatus bumiputera dan telah beroperasi semenjak tahun 2006 .
- Kami adalah sebuah syarikat pengurusan maklumat dan rekod untuk IKS.Pradata Sdn. Bhd. ditubuhkan bagi menjadi pusat setempat bagi para usahawan dalam menguruskan maklumat syarikat mereka.
- Kami menyedari bahawa setiap usahawan mengetahui akan kepentingan pengurusan maklumat syarikat seperti simpankira akaun dan maklumat-maklumat perniagaan yang lain. Namun syarikat IKS mempunyai kekangan-kekangan seperti bajet, tiada kakitangan yang cekap dan berbagai lagi.Kami memahami akan kekangan yang dihadapi oleh usahawan kerana kami juga adalah IKS dan kami juga telah mempunyai pengalaman bersama pelanggan-pelanggan kami.
Aktiviti perniagaaan
- Kami menjual perisian IT perniagaan jenama Sage Ubs, memberi perkhidmatan simpankira akaun dan menjual fail dan kotak arkib bagi pengurusan dokumen syarikat.
- Sekiranya usahawan ingin menggunakan IT dalam operasi maka kami akan menjual, melatih dan memberi khidmat nasihat tentang perisian IT yang sesuai mengikut keperluan dan bajet usahawan
- Sekiranya usahawan belum bersedia menggunakan IT namun memerlukan penyediaan lapuran akaun dalam mengurus syarikat seperti senarai penghutang,penyata siberhutang dan sipiutang maka kami mencadangkan usahawan menggunakan perkhidmatan simpankira kami
- Sekiranya segalanya telah teratur kami akan mencadangkan kepada usahawan untuk menyimpan dokumen-dokumen syarikat menggunakan kotak arkib kami agar dokumen dapat disimpan dengan kemas dan teratur.