Tuesday, 6 November 2012

Usahawan Melayu-Penyata Akaun

Saya adalah seorang usahawan melayu. Saya  memulakan perniagaan saya  dengan membuka sebuah syarikat untuk membuat akaun bagi pengusaha-pengusaha melayu. Saya mendapati bahawa pengusaha-pengusaha melayu banyak yang tidak mempunyai akaun dan tidak merujuk kepada bahagian akaun untuk mengurus masalah mereka.Masalah ini berlaku bukan sahaja kepada syarikat yang baru tetapi yang telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Masalah akan datang samada kita mempunyai akaun ataupun tidak. Namun jika kita menyimpan akaun, maka kita dapat menyusun kepentingan sesuatu pembayaran. Kita akan dapat melihat perjalanan wang syarikat secara menyeluruh dan merancang keadaan kewangan kita.Saya berharap usahawan-usahawan melayu menyedari hakikat bahawa penyata akaun syarikat adalah penting.Ia penting untuk menilai kejayaan atau kegagalan kita dan bagaimana untuk kita bergerak kehadapan.