Tuesday, 27 November 2012
Perniagaan kami
Kami menjual perisian Sage-UBS untuk usahawan kecil dan sederhana,membuat simpankira akaun dan juga menjual kotak untuk penyimpanan dokumen-dokumen syarikat.
*Kami menjual perisian Sage-UBS one untuk usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan.Perisian ini untuk merekodkan maklumat jualan dan kewangan.
*Kami mejual Sage UBS accounting, Sage Ubs Inventory dan Sage Ubs payroll untuk usahawan-usahawan yang telah lama berniaga.Perisian ini untuk merekodkan maklumat setiap bahagian iaitu bahagian akaun,inventori dan gaji.
*Kami menyediakan perkhidmatan simpankira untuk menyediakan lapuran akaun syarikat bagi usahawan-usahawan yang belum bersedia untuk menggunakan perisian..
*Kami menyediakan kotak-kotak untuk menyimpan kesemua-semua dokumem-dokumen syarikat.
Tuesday, 6 November 2012
Usahawan Melayu-Penyata Akaun
Saya adalah seorang usahawan melayu. Saya memulakan perniagaan saya dengan membuka sebuah syarikat untuk membuat akaun bagi pengusaha-pengusaha melayu. Saya mendapati bahawa pengusaha-pengusaha melayu banyak yang tidak mempunyai akaun dan tidak merujuk kepada bahagian akaun untuk mengurus masalah mereka.Masalah ini berlaku bukan sahaja kepada syarikat yang baru tetapi yang telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Masalah akan datang samada kita mempunyai akaun ataupun tidak. Namun jika kita menyimpan akaun, maka kita dapat menyusun kepentingan sesuatu pembayaran. Kita akan dapat melihat perjalanan wang syarikat secara menyeluruh dan merancang keadaan kewangan kita.Saya berharap usahawan-usahawan melayu menyedari hakikat bahawa penyata akaun syarikat adalah penting.Ia penting untuk menilai kejayaan atau kegagalan kita dan bagaimana untuk kita bergerak kehadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)