Sunday, 22 July 2012

Sage Ubs: One




Your business achieves growth to a point that keeping track of the accounts alone becomes a bit of a hassle. However, withSage UBS:one (Version 6), keeping the books does not have to be a downright hassle
For a price at RM698* , Sage UBS:one provides a basic accounting and billing suite, making it a wonderful choice for entrepreneurs and business owners looking for an accounting solution without breaking the bank, and who have staff already familiar with using UBS software for some years.
Users will be able to take advantage of its intuitive built-in KPI index, which will provide accurate statistics on profits and losses, cost, revenue, debtors, including the top overdue customers and suppliers for better financial decision-making.

Friday, 13 July 2012

PENYIMPANAN REKOD

3.     Bagi anda yang tidak menyimpan rekod-rekod syarikat secara teratur, kami mencadangkan anda menggunakan kotak-kotak syarikat kami  agar rekod-rekod syarikat dapat disimpan dengan baik dan selamat.
                                                                            
Dokumen tidak tersusun
Kotak-kotak untuk dokumen
Dokumen disimpan tersusun






Harga : RM65.00 (10 kotak)
            Datang sendiri

           :RM150.00 (20 kotak)
            Hantar (Didalam Kuala Lumpur)
          

Tel : 03-41074853

PERKHIDMATAN SIMPANKIRA AKAUN (BOOKKEEPING)

2.     Bagi anda yang tidak menyediakan lapuran kewangan dan tidak bersedia menggunakan sistem, kami mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan simpankira kami.


                                                                                 




Perkhidmatan Simpankira
Lapuran Kewangan


SAGE UBS BUSINESS SOFTWARE

1.     Bagi anda   yang menyediakan  lapuran kewangan menggunakan buku ataupun spreadsheet sahaja, kami mencadangkan anda menggunakan sistem perisian IT kami jenama Sage-ubs  agar lapuran kewangan syarikat dapat disediakan dengan lebih cepat dan tepat.
Buku Akaun
                                                                

Sage-UBS


Lapuran Kewangan



Thursday, 5 July 2012

Menyimpan kira-kira (Petikan dari buku Panduan Peniaga Kecil oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad)

Salah satu perkara yang tidak boleh diharapkan sama sekali ialah ingatan manusia. Sebab, manusia biasanya sering lupa. dan diantara perkara yang mudah lupa ialah angka-angka dan kira-kira. Sedangkan dalam perniagaan, kira-kira amatlah penting. Perniagaan yang tidak ada kira-kira bukanlah perniagaan. Walaubagaimana kecil pun perniagaan, kira-kira wang mestilah dibuat. Peniaga-peniaga kecil selalu memikirkan oleh kerana perniagaannya kecil dan kira-kira wang yang terlibat amat sedikit, maka kira-kira perniagaannya tidaklah perlu ditulis.

Anggapan bahawa peniaga kecil tidak perlu menyimpan kira-kira adalah tidak betul. Keuntungan dan kerugian tidak dapat ditentukan melainkan ada kira-kira yang bertulis. Kadang-kadang ada perniagaan yang nampaknya untung, tetapi peniaganya selalu tidak ada wang. Sekiranya ada dicatatkan kira-kira, maka ia akan tahu kemana perginya wang itu. Boleh jadi wang diambil untuk perbelanjaan sendiri terlebih sedikit, oleh kerana ia percaya perniagaanya maju.Boleh jadi ada beberapa perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaannya yang ianya telah terlupa. Boleh jadi ada pelanggan yang berhutang dan ianya terlupa. Oleh kerana kira-kira yang terang tidak ada, maka peniaga akan khayal dalam kepercayaan bahawa ianya mempunyai cukup wang kerana jualannya maju.

Kalau ada kira-kira maka keadaan sebenarnya boleh diketahui oleh si peniaga pada setiap masa. Ia tidak akan khayal. Ia dapat mengurangkan perbelanjaannya jika mustahak.Ia dapat menambah perniagaannya jika kewangan mengizinkan. Ia juga boleh mengetahui bilakah masanya, dan dimanakah tempatnya(jika ia penjaja) yang perniagaannya maju; bila dan dimana pula perniagaanya tidak maju. Dengan menyimpan kira-kira, ia dapat merancang perniagaannya untuk masa depan. Dan apabila perniagaannya sudah membesar, tabiat menyimpan kira-kira ini sudah pun ada dan soal memulakan satu tabiat yang baru tidak akan timbul